Welcome

Anti Essays offers essay examples to help students with their essay writing.

Sign Up

Perlembagaan Malaysia Essay

  • Submitted by: Williamng1
  • on April 1, 2014
  • Category: Miscellaneous
  • Length: 954 words

Open Document

Below is an essay on "Perlembagaan Malaysia" from Anti Essays, your source for research papers, essays, and term paper examples.

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Sejarah Perlembagaan Malaysia
Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti.
Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.
Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan...

Show More


Citations

MLA Citation

"Perlembagaan Malaysia". Anti Essays. 9 Dec. 2018

<http://trenmayamx.com/free-essays/Perlembagaan-Malaysia-602536.html>

APA Citation

Perlembagaan Malaysia. Anti Essays. Retrieved December 9, 2018, from the World Wide Web: http://trenmayamx.com/free-essays/Perlembagaan-Malaysia-602536.html